Friday, July 17, 2009

Harian Metro 17 Julai 2009

Pengarah hadapi 3 tuduhan lagi
Oleh Nor Azura Abdul Jalil
zura@hmetro.com.my


KUALA LUMPUR: Seorang pengarah syarikat yang sebelum ini didakwa atas tuduhan menipu dan menjalankan perkhidmatan pasaran modal tanpa lesen tahun lalu, sekali lagi didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tiga pertuduhan pengubahan wang haram lebih RM5.3 juta.

Tertuduh, Raja Noor Asma Raja Harun, 47, bagaimanapun tidak mengaku salah terhadap pertuduhan itu dan minta dibicarakan di hadapan Hakim Rozana Ali Yusoff.

Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa membabitkan diri dalam penggubahan wang haram RM2 juta di dalam akaun pengasingan pelanggan milik Syarikat FX Capital Consultant (M) Sdn Bhd di RHB Investment Bank Berhad di Level 3, Tower One, RHB Centre, Jalan Tun Razak di sini.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa atas pertuduhan yang sama membabitkan RM3,286,241, di Kenanga Deutsche Futures Sdn Bhd di Tingkat 3, Kenanga International, Jalan Sultan Ismail.

Tertuduh didakwa terhadap pertuduhan yang sama membabitkan RM15,901.93, di CIMB Bank Berhad di 43, Jalan Pandan 3/3 Pandan Jaya, di sini.

Ketiga-tiga kesalahan itu didakwa dilakukan pada 9 Mei 2008.

Bagi ketiga-tiga perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang boleh didenda sehingga RM5 juta atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, dari G Jaya Prem Suruhanjaya Syarikat Malaysia manakala tertuduh diwakili peguam Datuk Muhammad Shafee Abdullah.

Muhammad Shafee memohon mahkamah menggunakan ikat jamin RM300,000 dengan dua penjamin serta syarat tambahan lain seperti yang dikenakan terhadap tertuduh sebelum ini kerana semua sumber kewangan tertuduh dibekukan.

Mahkamah membenarkan permohonan itu dan menetapkan 20 September ini untuk sebutan semula.

Pada 18 Disember lalu, tertuduh didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas empat tuduhan menipu dan menjalankan perkhidmatan pasaran modal membabitkan pelaburan RM100 juta tanpa lesen.

Thursday, July 16, 2009

Kita semua dah Jutawan....

Assalamualaikum semua..

Hari ni, mari saya mulakan dengan menanyakan anda soalan ini.. Siapa nak jadi JUTAWAN?

Saya sentiasa nak jadi Jutawan. Bilamana saya mula bekerja pada 2005, saya menggunakan pemikiran ni untuk menjadi Jutawan. Kita sentiasa perlu mencari dan meneroka dimana adanya Juta2 tersebut. Jadi, tidak lama selepas tu, pada setiap ahad, saya akan berjogging dari rumah tempat saya menyewa ke kawasan rumah orang2 kaya @ golongan elit di Jalan Kebun Air, berhampiran Kelab Darul Ehsan, Ampang.. Harapan saya semoga akan ada seorang orang tua yang berjalan-jalan di sekitarnya akan tergelincir dan jatuh, dan saya seperti seorang hero akan pergi memberi pertolongan, menahan dan menyelamatkannya seperti dalam drama di TV , dan seterusnya saya akan mewarisi kekayaannya dan lain-lain lagi. Setakat beberapa bulan yang saya dah cuba, tak pernah berjaya. Seronok jugak bila ingat2 balik imiginasi liar dahulu kala.

Akan tetapi, beberapa minggu yang lepas, sayaberjumpa dengan seorang kawan lama (beliau adalah salah seorang Setiausaha Politik kpd Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin), beliau kata, kita semua sebenarnya adalah Jutawan tanpa disedari. Beliau bertanya kepada saya soalan-soalan berikut :
1. Adakah engkau sanggup menjual salah satu anggota badan dengan harga RM1 juta? Sya kata tidak..
2. Adakah engkau sanggup untuk memberikan kedua-dua mata untuk RM 1 juta ringgit?Saya kata tidak..
3. Adakah engkau sanggup menyerahkan buah pinggang kepada orang kaya yang akan menbayar RM1 juta ? saya jawab, dah tentu tidak..

Dah tu, engkau sebenarnya dah jutawan..

kawanku, kita sebenarnya semuanya istimewa.. Secara jelasnya, kita adalah ciptaan Tuhan yang unik..Marilah kita berbangga dengan kewujudan kita sebab tiada walau sebesar gunung duit sekalipun dapat membeli apa yang kita miliki ini.. Saya adalah Jutawan, Anda semua bagaimana?





Tuesday, April 28, 2009

Kita hanya mampu merancang...

Artikel ini saya petik dari sumber yang ditulis oleh Pakar Motivasi (sila klik http://linncomel.com untuk artikel2 motivasi yang lain), untuk memotivasikan kita semua..

Tiada manusia yang merancang untuk gagal, malahan majoriti individu yang merancang, hanya merancang untuk berjaya. Namun tidak semua yang merancang itu berjaya, tetapi ianya adalah lebih baik dari tidak merancang .

Melakukan perancangan adalah salah satu proses untuk berjaya, namun melakukan perancangan itu, tidak menjanjikan kita untuk berjaya, kerana sebaik-baik perancangan itu datangnya daripada ALLAH.

Sekiranya perancangan kita gagal, itu tidak bermakna kita perlu sedih dan kecewa,kerana kesedihan tersebut tidak akan membantu kita untuk menukar kegagalan tersebut berjaya.

Apa yang perlu dilakukan ialah, jadikan kegagalan tersebut sebagai satu pemangkin untuk kita mencapai kejayaan yang kita inginkan.

Ada yang mengatakan, “Saya tahu sekali saya jatuh, amat sukar untuk saya bangkit kembali“. Apa pun jawapan anda, itulah kepercayaan yang anda sendiri ciptakan untuk diri anda. Anda yang membina mindset kegagalan tersebut. Gagal atau berjaya segalanya terserah kepada diri anda.

Namun jika setiap perancangan itu tidak menjadi kenyataan itu bukannya bermaksud apa yang kita rancangkan bukan yang terbaik untuk kita, tetapi ianya adalah disebabkan perancangan ALLAH adalah lebih baik untuk kita.

Kita sebagai manusia, mencipta realiti kehidupan diri kita. Kita adalah apa yang kita fikirkan.