Tuesday, April 28, 2009

Kita hanya mampu merancang...

Artikel ini saya petik dari sumber yang ditulis oleh Pakar Motivasi (sila klik http://linncomel.com untuk artikel2 motivasi yang lain), untuk memotivasikan kita semua..

Tiada manusia yang merancang untuk gagal, malahan majoriti individu yang merancang, hanya merancang untuk berjaya. Namun tidak semua yang merancang itu berjaya, tetapi ianya adalah lebih baik dari tidak merancang .

Melakukan perancangan adalah salah satu proses untuk berjaya, namun melakukan perancangan itu, tidak menjanjikan kita untuk berjaya, kerana sebaik-baik perancangan itu datangnya daripada ALLAH.

Sekiranya perancangan kita gagal, itu tidak bermakna kita perlu sedih dan kecewa,kerana kesedihan tersebut tidak akan membantu kita untuk menukar kegagalan tersebut berjaya.

Apa yang perlu dilakukan ialah, jadikan kegagalan tersebut sebagai satu pemangkin untuk kita mencapai kejayaan yang kita inginkan.

Ada yang mengatakan, “Saya tahu sekali saya jatuh, amat sukar untuk saya bangkit kembali“. Apa pun jawapan anda, itulah kepercayaan yang anda sendiri ciptakan untuk diri anda. Anda yang membina mindset kegagalan tersebut. Gagal atau berjaya segalanya terserah kepada diri anda.

Namun jika setiap perancangan itu tidak menjadi kenyataan itu bukannya bermaksud apa yang kita rancangkan bukan yang terbaik untuk kita, tetapi ianya adalah disebabkan perancangan ALLAH adalah lebih baik untuk kita.

Kita sebagai manusia, mencipta realiti kehidupan diri kita. Kita adalah apa yang kita fikirkan.

No comments:

Post a Comment